
kebanyakkan anak-anak mempunyai bapa..
dan cerita di sebalik setiap bapa adalah berbeza-beza..
kali ni aku ingin bercerita mengenai sejarah hidup papa kesayanganku..
ini adalah kisah sebenar papaku..
nama papaku mr jamain bin saikon..
berketurunan jawa..
orangnya redang dan bermisai tebal..
beliau tidak mempunyai kelayakan pelajaran yg begitu tinggi..
dan hanya bergantung kepada SPM nya..
pada mulanya papaku seorang perniaga gerai makanan dengan menebar roti canai..
dan kemudian selepas gerainya di jual kepada perniaga lain..
beliau berminat untuk menjadi seorang 'drebar' lori..
pabila diberitahu rakannya bahawa pada masa itu 'drebar' lori boleh menjana pendapatan yang lumayan..
beliau pun meneruskan perjuangannya sebagai 'drebar' lori untuk menyara kami sekeluarga..
begitu banyak cabaran yang perlu dilaluinya semasa bekerja..
setiap hari ke kuala lumpur untuk menghantar barang..
walaupun beliau tidak tahu mengenai selok belok di kuala lumpur..
tetapi beliau terus tekad..
beliau hanya bergantung kepada peta usang yg di beli dan di jaga rapi..
lebih kurang 12 tahun beliau menjadi drebar lori..
berbagai bagai jenis dugaan yang beliau tempuhi..
samada dari segi fizikal mahupun mental..
selepas 12 tahun,beliau bercadang ingin membuat perniagaan sewa lori..
dan beliau terus mencuba nasib untuk membeli lori seberapa banyak yg beliau mampu..
DAN KINI BELIAU MEMPUNYAI PERNIAGAANNYA SENDIRI..
PERNIAGAAN SEWA LORI..
PERNIAGAAN JAMAIN BIN SAIKON..
YG KINI MEGAH DISEBUT DALAM KALANGAN TAUKEH2 LORI..
PERNIAGAANNYA KINI MEMPUNYAI KONTRAK BERSAMA
ZARA FOODSTUFF(kicap kipas udang) DAN HITACHI MANUFACTURE(elektronik)
BELIAU JUGA KINI MEMPUNYAI KATERING BERYANI
YANG KINI MENJADI SEBUTAN ORANG RAMAI DI KULAI JOHOR
bagiku,
papaku seorang yang sudah berjaya..
dengan mengatur hidup dan keluarganya dengan caranya sendiri..
aku sangat mengagumi sifat kekentalan jiwa dan kesabaran nya..
pendek kata "tabik spring lah"
idolaku??
PAPADOMKU...
off record..........
tersentuh jiwaku pabila mebaca artikel berkenaan papadommu..
ReplyDelete